Visa Lawatan Istimewa GCC, juga dikenali sebagai Visa Bersepadu GCC, merupakan skim visa terbaharu yang diperkenalkan oleh Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang membenarkan pelancong dari negara bukan GCC untuk melawat satu, lebih daripada satu, atau kesemua enam negara teluk menggunakan satu visa dan permohonan dalam talian yang mudah. Negara-negara GCC adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Oman, Kuwait, Arab Saudi, dan Bahrain.
Visa Lawatan Istimewa GCC dijangkakan serupa dengan visa Schengen, yang membenarkan perjalanan merentasi semua negara Eropah dalam Kawasan Schengen menggunakan satu visa tunggal. Pengenalan kepada skim visa baharu ini dijangka dapat mengubah industri pelancongan dalam rantau GCC, kerana ia membenarkan pelancong untuk mengembara dengan bebas merentasi rantau GCC, ke seberapa banyak enam negara yang mereka mahu, hanya menggunakan satu visa.
Cara Memohon Visa Lawatan Istimewa GCC
Walaupun proses permohonan belum dimuktamadkan dan permohonan masih belum dibuka, apabila visa dilancarkan, pemohon boleh memohon menggunakan borang permohonan dalam talian dalam laman sesawang Visa Lawatan Istimewa GCC. Dijangkakan bahawa proses permohonan Visa Bersepadu GCC akan menjadi pantas dan mudah, dan langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Cara Memohon Visa Lawatan Istimewa GCC
Walaupun proses permohonan belum dimuktamadkan dan permohonan masih belum dibuka, apabila visa dilancarkan, pemohon boleh memohon menggunakan borang permohonan dalam talian dalam laman sesawang Visa Lawatan Istimewa GCC. Dijangkakan bahawa proses permohonan Visa Bersepadu GCC akan menjadi pantas dan mudah, dan langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Lengkapkan borang permohonan visa Lawatan Istimewa GCC
Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan visa GCC dalam talian dalam portal Visa Lawatan Istimewa GCC dalam hanya beberapa minit.
Muat naik dokumen yang diperlukan
Pemohon perlu memuat naik kesemua dokumen yang diperlukan dalam format yang dikhususkan pada borang permohonan (cth. JPEG, PNG, PDF, dsb.). Muat naik perlu mematuhi keperluan saiz.
Bayar bayaran permohonan
Bayaran permohonan Visa Bersepadu bagi negara-negara GCC boleh dibayar melalui kad debit atau kredit, Apple Pay, atau Google Pay.
Serahkan permohonan
Sebaik sahaja borang permohonan visa GCC telah lengkap dan bayaran telah dibuat, permohonan boleh dihantar. Visa Pelancong bersepadu GCC yang diluluskan akan dihantar ke alamat emel pemohon.
Adakah Anda Layak?
Tiada pengumuman rasmi yang dinyatakan mengesahkan siapa yang layak untuk Visa Pelancong Bersepadu bagi Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Walaubagaimanapun, ia dijangka ditujukan kepada pelawat yang melancong ke wilayah GCC untuk tujuan pelancongan, dengan mereka yang melancong untuk tujuan lain, seperti bekerja, tidak layak.
Warganegara bagi negara-negara GCC akan dikecualikan daripada visa ini, dan dijangkakan bahawa sesetengah individu layak untuk memohon atau mungkin boleh ditolak visa, sebagai contoh:
- Individu dengan pasport yang mempunyai kurang dari enam bulan tempoh sah.
- Individu dengan rekod jenayah (terutamanya untuk jenayah yang dianggap merbahaya atau berisiko tinggi, seperti keganasan dan kesalahan dadah).
- Mereka yang mempunyai sejarah pelanggaran visa.
Visa juga mungkin hanya tersedia untuk individu dari kewarganegaraan tertentu, walaupun ini belum diumumkan.
Dokumen yang Diperlukan untuk Permohonan
Walaupun negara-negara ahli GCC belum lagi menyatakan senarai penuh dokumen yang diperlukan, dokumen-dokumen berikut dijangkakan diperlukan:
Bayaran Visa & Waktu Memproses
GCC belum mengumumkan bayaran berkaitan visa ini, walaupun harganya dijangkakan berpatutan. Begitu pun, waktu memproses belum diumumkan, mungkin ia boleh jmenjadi sedikit dalam beberapa hari. Walaubagaimanapun, pemohon haruslah sentiasa memohon terlebih dahulu daripada tarikh perjalanan yang dirancang, untuk mengelakkan sebarang kelewatan atau isu dengan permohonan mereka.
Berapa lamakah Tempoh Sah bagi Visa Lawatan Istimewa GCC ?
Tempoh sah yang tepat bagi Visa Pelancong Bersepadu, atau Visa Lawatan Istimewa GCC, belum diumumkan, tetapi dijangkakan akan menawarkan tempoh sah lanjutan, dengan ramai yang menganggarkan tempoh sah 90 hari.
Tempoh sah menginap bagi visa dijangkakan sekurang-kurangnya 30 hari, sama ada salah satu negara GCC atau berbilang negara dalam rantau GCC. Masih belum diketahui sama ada lanjutan visa akan tersedia.
Visa Lawatan Istimewa GCC: Butiran Utama
Walaupun belum ada tarikh pelancaran rasmi diumumkan, berita visa GCC terbaharu menjangkakan bahawa Visa Lawatan Istimewa GCC akan dilancarkan pada penghujung tahun 2025.
Visa ini diperkenalkan sebagai usaha kolektif untuk meningkatkan perjalanan ke rantau GCC, dan dijangkakan terdapat pelbagai manfaat kepada pengembara dan negara GCC:
Visa ini membenarkan pelancong untuk mengembara dengan mudah dalam kawasan GCC, tanpa perlu untuk memohon berbilang visa. Perjalanan di antara negara-negara dengan satu visa akan menjadi lebih mudah dan boleh dicapai lebih jauh daripada sebelumnya.
Daripada memohon berbilang visa dan membayar beberapa kos visa yang berbeza, pemohon boleh membayar satu yuran visa kos efektif dalam talian dan menerima akses ke semua enam negara GCC. Ini menjadikan perjalanan dalam kawasan GCC jauh lebih berpatutan.
Proses permohonan bagi Visa Pelancong Bersepadu GCC akan dilengkapkan dalam talian, dan proses permohonan dijangkakan pantas dan mudah. Ini bermakna pelancong yang akan ke kawasan GCC akan berhadapan dengan sekatan yang kurang, dan usaha tadbir urus yang sedikit diperlukan untuk memohon visa ke rantau ini.
Visa Lawatan Istimewa GCC dijangkakan merangsang industri pelancongan dalam negara-negara GCC dan menjadikan perjalanan lebih mudah berbanding sbeelum ini bagi bukan warganegara. Pengenalan bagi skim visa dijangkakan berhasil dalam peningkatan pelancongan, dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi tempatan.
Kesilapan Biasa untuk Dielakkan bagi Permohonan yang Berjaya Diluluskan
Kesilapan biasa semasa memohon visa termasuklah:
- Borang permohonan tidak lengkap.
- Ralat pada borang permohonan.
- Gagal untuk menyediakan semua dokumentasi yang diperlukan.
- Tidak cukup tempoh sah pada pasport pemohon.
- Merancang aktiviti yang tidak mematuhi tujuan perjalanan yang diluluskan (cth., merancang untuk bekerja semasa di negara GCC).
Soalan Lazim Mengenai Visa Lawatan GCC
Pemohon boleh memohon visa Bersepadu GCC dalam talian melalui laman sesawang kami. Permohonan akan dibuka pada laman sesawang kami sebaik sahaja visa dilancarkan secara rasmi.
Tidak. Kerana Emiriah Arab Bersatu merupakan satu dariapada negeri ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC), pengembara yang memegang Visa Pelancong Bersepadu GCC akan datang (juga dipasarkan sebagai Visa Lawatan Istimewa GCC) tidak memerlukan permit tambahan untuk memasuki Emiriah Arab Bersatu. Petunjuk semasa menunjukkan bahawa pemohon boleh memilih di antara:
- Visa berbilang negara yang meliputi semua enam negara GCC (Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Qatar, Bahrain, Kuwait, dan Oman); atau
- Visa negara tunggal untuk satu negara GCC daripada pilihan mereka.
Walaupun jika anda hanya merancang untuk melawat Emiriah Arab Bersatu, anda masih boleh memilih bagi visa Lawatan Istimewa berbilang negara jika anda mahukan fleksibiliti untuk menambah hentian dalam negara-negara jiran di kemudian hari.
Tarikh pelancaran rasmi masih belum disahkan, dan permohonan Visa Bersepadu GCC belum dibuka buat masa ini. Walaubagaimanapun, kemaskini terkini mencadangkan bahawa visa dijangkakan akan dilancarkan pada penghujung tahun 2025. Berita Visa GCC dinyatakan secara berterusan, dan laman sesawang kami akan dikemaskini sebaik sahaja lebih banyak maklumat dinyatakan.
Apply for the GCC Visa
The Unified GCC visa is expected to revolutionize tourism in the GCC region and make travel to the region easier than ever. With this visa, travelers can experience the magic of the Gulf region. Be among the first to apply for the Unified GCC Visa when applications open.